Sunday, October 18, 2015

Lessons learned

Assalamualaikum w.b.t.

There are so many post that I've been procrastinating to publish! I keep on giving excuses like 'to find the right time to publish it' and etc.... But up until now, I realized that they might not be relevant anymore.

Biaq pi lah. Relevan tak relevan, I will publish it jugak soon. Insya-Allah (LOL. Still procrastinating it).

Apa-apa pun, since I just created mom's blog and dah alang-alang singgah, just wanna share yang when I read my blog about Azam 2015 tu, I realized that absolutely NONE of it came (nor becoming) true - at least not in 2015.

1. AD and that PINK THING
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 
 "Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang." (Quran, 3:54)

Demi Allah, cita-cita nak konvo dengan selimpang pink tu terpupuk sejak pertama kali aku tau pasal ANC, dalam minggu pertama sebagai pelajar degree. Demi Allah, I've been struggling hard, praying hard and tawakkal over it since the first semester.

Tapi, I realized bila makin naik semester, makin banyak ujian Allah bagi. and yes, ujian-ujian tu semua Allah bagi melalui nikmatNya. Aku selalu takut, sebab Allah sentiasa bagi apa yang aku mintak. Allah bagi aku AD every semester sebelum tu, Allah bagi aku pegi ASEAN Youth Camp, Allah bagi Projek Terbaik untuk FYP. Dia tak putus-putus bagi nikmat, walaupun aku sedar aku selalu leka dan lupakan Dia.

Maka, bila benda yang aku tak henti-henti mintak dari Dia sejak semester 1 is coming to reality, HE finally said NO. Meskipun itu sebuah cita-cita, untuk tengok mak abah pun pakai selimpang yang sama satu hari nanti, tapi sungguh aku redha. That one semester yang sangat crucial with all the mind-torturing projects and killer subjects, that came with my two-weeks-off-campus-for-AYC, had murdered my confidence upon my dream. 
  
However, let's go to the part where I learned so much from it.
1. Wa makaru, wa makarallah.
2. Indahnya TAWAKKAL.
3. Letting go.

Sini, aku belajar sekali lagi yang tak semua kita nak, kita dapat. Sebab Allah Perancang TERHEBAT! Dan betapa indahnya tawakkal tu, aku rasa tenang (despite all those tears and singing "Hapus Aku" by Nidji over it - honestly, I cried merely because I didn't get to make my parents and lecturers proud of that ANC thing). Tapi, sikit pun tak terlintas perasaan menyesal. Aku sedar kesilapan dan kelemahan aku, aku sedar banyak lagi perlu aku perbaiki tapi, aku tau I've given my best and I've worked my hardest upon achieving that award. Maka, I'm still happy to look at my results, and genuinely thankful for the 'LULUS' status. Sesungguhnya, memang itu yang aku mintak pada Dia for that final semester. Aku tau takat itu je yang aku mampu.

2. Bisnes tudung
Dah dengan cita-cita untuk final year pun terkesampaian sepenuhnya, bisnes tudung tu lagi la tak nampak bayang. Tapi, since mak dah merdeka dari pekerjaannya sebagai seorang guru, maka insya-Allah, mak akan dilantik sebagai tukang jahit tetap littlemokii! *happy plus evil laugh* Tapi secara jujurnya, masih samar-samar lah perancangan ni.

3. Better umrah
Maybe Allah tak panggil lagi this year. But, I'm never gonna stop hoping for it. Dan Fateha pun akan terus berharap untuk tahun-tahun seterusnya. Dan mungkin, 'next time' tu adalah masanya aku simpan duit untuk pergi sana dengan duit sendiri.Insya-Allah. :)
 
I know it is still not yet the end of the year for me to look back at my 'azam' and review about it, tapi just nak tutup that stories, let it go, move on aaaaand make room for all the new things, new blessings and plans for the next chapter of my life insya-Allah (since insya-Allah I'm graduating  really soon).

This is far from 'informational' or 'motivational' kinda post, hanya nak kongsi cebisan hidup dari seorang yang kuat bermimpi namun kuat menangguh kerja juga.

Assalamualaikum.
 

Sunday, February 8, 2015

Istiqamah

Assalamualaikum readers.

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk atas tu.

eh, sebelum apa-apa... asif jiddan. lama tak update blog. bukan taknak, tapi... ana mashghulah. and asal ada tajuk je takde idea untuk isinya. hihi

so inshaAllah. tajuk kali ni, Istiqamah.

Hal ni menarik aku untuk ulas sebab ada disebut seorang sahabat dalam group whatsapp. "Nak berniqab tu bagus, asalkan istiqamah." Haaaa, lebih kurang gitu la ayatnya.

Maka, secara lebih generalnya... Istiqamah berkait dengan penghijrahan.
Nak berubah / berhijrah tu mudah. Yang payahnya part nak mengekalkan perubahan tu... yakni; istiqamah.

Bukan aku nak bela perempuan-perempuan yang free hair maupun pakai tudung tapi tak tutup aurat sempurna. Dik, kak, makcik... Walaupun solat wajib penuh 5 waktu, puasa wajib penuh sebulan (lepas dah habis ganti.) tapi, tutup aurat pun wajib. Haaa, acane tu? hehe...

Okay... However, sebagai seorang yang pernah ada dalam fasa tu, aku faham mereka mungkin lebih jauh sikit.

Dari mula-mula aku nak bertudung sekolah dulu, mak tanya, "Betul ni kak?" Ye. Aku yakin. Tapi, time tu fikir cukup baik dah la aku pakai gitu, iaitu janji pakai tudung. nuffsaid. Orang cakap la apa pun masa tu, (mungkin sebab tegur indirectly, berkias-kias, post kat FB, etc.) So tak terasa teguran tu untuk aku. Punya Allah tutup hati aku. Allahu :(

Sampai masa, Allah jumpakan aku dengan sahabat-sahabat yang tegur direct: nampak bentuk telinga, tudung nipis nampak leher kat dalam, things like that. Small things, softly. Yang tu, Alhamdulillah I accepted it open-heartedly.

Pastu, tiba this one day, dengan kuasa Allah... ada this one person said a very simple sentence yang sangat sincere and sangat bukan niat dia untuk tegur aku, but it touched my heart.

Mula dari tu, I take my time to think over it. and cakap dengan mak... "Mak, taknak dah la pakai jeans ketat. Nak pakai skirt labuh je pasni." and as usual, mak tanya... "Betul ni, kak?" and "Mak taknak kau berubah and then berubah balik pada asal." Indirectly she's talking about istiqamah. :)

And dengan kuasa Allah, Dia tempatkan aku kat Dungun. Dimana, Allah temukan dengan seorang sahabat yang cantik, bertudung labuh. Punyalah Allah tu Maha Mengasihani... Dia bukakkan jugak hati ni untuk cuba bertudung labuh. The best part is, ada jugak seorang sahabat lama yang berhijrah jugak lebih dulu daripada aku. Situ datangnya kekuatan aku.

Allah punya planning tu jauh lebih hebat sebab Dia Maha Mengetahui dan Dialah Pemilik Hati. Dia nak ubah hati kita, bila-bila je. Dan semestinya bila Dia rasa "This is the perfect time!" dan "Kun Faya kun." Allahu... :')

Aku bagitau mak lagi sekali, "Mak, orang nak pakai tudung bidang 50 je lepas ni." (Sebagai permulaan.) and again... mak risaukan aku. "Betul ni kak? Nanti kau jangan pulak nak ubah balik."

Ye. Berubah tu memang senang. Istiqamah tu yang payah. Sebab tu, jangan pandang buruk mereka-mereka yang free hair, yang bertudung biasa. Walaupun alasan cliche-nya "belum sampai seru" and kita kata "seru dah lama sampai dalam Quran." tapi, hakikatnya dalam hati-hati tu, banyak yang dirisaukan.

Antaranya Istiqamah. Dalam persekitaran yang ada 'budaya' yang sangat berbeza, dalam situasi nobody's there to guide her, atau malu nak ask for help... Allah je tahu apa yang dia rasa. Yeah. Been there. Sebab tu aku berubah saaaaaangaaat slowly. Kumpulkan kekuatan dulu sebelum ready untuk ubah dan istiqamah.

Moga Allah tetapkan hati kita dalam perubahan. Moga Allah bukakan hati kita untuk terus sedar. Moga Allah beri taufik n hidayah and takkan tarik balik dari kita. Doa untuk orang lain, and jangan lupa doakan diri sendiri n mak bapak kita. Allahu.

Never look down at someone's past or present. As it might be our future. Nauzubillahiminzalik.

Panjang post kali ni. Asif. :P A reminder for myself (most importantly), and mudah-mudahan for others.

Alllahua'lam. Assalamualaikum wbt.

Thursday, January 1, 2015

dua ribu lima belas

Assalamualaikum.
Ahlan wasahlan 2015! *piung piung piung (fireworks)*

penuh kat insta, fb, twitter, tumblr dengan orang wish "goodbye to 2014" and "heeeelllooooo 2015!" pastu bagitau wishlist / azam 2015.

I don't even know what's my target for this year. Jujur cakap, sambil menaip ni sambil aku fikir azam aku tahun baru ni. 

Tapi, hakikatnya azam 2016 dah ada -.- which is nak grad dengan jayanya and most importantly: that pink thing! ya Allahhhhhh. berdebar! debaran makin membuak-buak everytime masuk sem baru or masa hujung sem, masa final exam (mcm sekarang).

Haaaa so mungkin, azam tahun ni nak dapat AD.

Allah je tahu  macam mana nak describe rasanya bila everyone is putting that particular hope on you. Tiap-tiap kali awal sem, every lecturer sebut nama awak, cakap awak lah harapan kami, bila jumpa lecturer lain, dia pulak cakap awak mesti boleh dapat punya. That "kami harap", and kawan-kawan cakap, "kami yakin" and those "kami doakan", lagi-lagi bila parents tercinta yang cakap... mashaAllah... the feeling I can never describe. T.T

Orang berharap pada kita, inikan pulak harapan diri kita sendiri.

Allahua'lam

....and mungkin the list will go on as the days go on.

for now, the list is:
1. AD
2. bisnes tudung (next time citer ni plak)
3. better umrah (moga Allah izinkan kami jejakkan lagi kaki kat sana)

insha Allah, mohon Allah izinkan, Allah permudahkan dan adakan rezeki untuk semuanya yang baik untuk kita semua.

do pray the best for me & my friends! final exam ni weh.

Let's together be Muslim/ah berjaya dunia akhirat!

Biar slow, asal istiqamah. :) heehee

kbye!
Assalamualaikum wbt.

Wednesday, December 24, 2014

prolog brolog sislog

the last time I blogged was tengah semester tiga, kalau tak silap. tiada idea dan busy adalah punca utama yang menyebabkan aku stop blogging.

however, secara tidak semena-mena dan sangatlah tidak sengaja, mood berblog kembali berbunga-bunga sejak kebelakangan ni.

so, here I go.....................................................................................
.........................................................................................................
.........................................................................................................
.................................................................................(krik krik krik)

hmmmmm... I think that is enough untuk prolog.

Night.

Fi amanillah.

p.s. Al-Fatihah buat saudara Muhd Faizal b. Md Noor Lamin (senior in FSKM). Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh.