Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk atas tu.
eh, sebelum apa-apa... asif jiddan. lama tak update blog. bukan taknak, tapi... ana mashghulah. and asal ada tajuk je takde idea untuk isinya. hihi
so inshaAllah. tajuk kali ni, Istiqamah.
Hal ni menarik aku untuk ulas sebab ada disebut seorang sahabat dalam group whatsapp. "Nak berniqab tu bagus, asalkan istiqamah." Haaaa, lebih kurang gitu la ayatnya.
Maka, secara lebih generalnya... Istiqamah berkait dengan penghijrahan.
Nak berubah / berhijrah tu mudah. Yang payahnya part nak mengekalkan perubahan tu... yakni; istiqamah.
Bukan aku nak bela perempuan-perempuan yang free hair maupun pakai tudung tapi tak tutup aurat sempurna. Dik, kak, makcik... Walaupun solat wajib penuh 5 waktu, puasa wajib penuh sebulan (lepas dah habis ganti.) tapi, tutup aurat pun wajib. Haaa, acane tu? hehe...
Okay... However, sebagai seorang yang pernah ada dalam fasa tu, aku faham mereka mungkin lebih jauh sikit.
Dari mula-mula aku nak bertudung sekolah dulu, mak tanya, "Betul ni kak?" Ye. Aku yakin. Tapi, time tu fikir cukup baik dah la aku pakai gitu, iaitu janji pakai tudung. nuffsaid. Orang cakap la apa pun masa tu, (mungkin sebab tegur indirectly, berkias-kias, post kat FB, etc.) So tak terasa teguran tu untuk aku. Punya Allah tutup hati aku. Allahu :(
Sampai masa, Allah jumpakan aku dengan sahabat-sahabat yang tegur direct: nampak bentuk telinga, tudung nipis nampak leher kat dalam, things like that. Small things, softly. Yang tu, Alhamdulillah I accepted it open-heartedly.
Pastu, tiba this one day, dengan kuasa Allah... ada this one person said a very simple sentence yang sangat sincere and sangat bukan niat dia untuk tegur aku, but it touched my heart.
Mula dari tu, I take my time to think over it. and cakap dengan mak... "Mak, taknak dah la pakai jeans ketat. Nak pakai skirt labuh je pasni." and as usual, mak tanya... "Betul ni, kak?" and "Mak taknak kau berubah and then berubah balik pada asal." Indirectly she's talking about istiqamah. :)
And dengan kuasa Allah, Dia tempatkan aku kat Dungun. Dimana, Allah temukan dengan seorang sahabat yang cantik, bertudung labuh. Punyalah Allah tu Maha Mengasihani... Dia bukakkan jugak hati ni untuk cuba bertudung labuh. The best part is, ada jugak seorang sahabat lama yang berhijrah jugak lebih dulu daripada aku. Situ datangnya kekuatan aku.
Allah punya planning tu jauh lebih hebat sebab Dia Maha Mengetahui dan Dialah Pemilik Hati. Dia nak ubah hati kita, bila-bila je. Dan semestinya bila Dia rasa "This is the perfect time!" dan "Kun Faya kun." Allahu... :')
Aku bagitau mak lagi sekali, "Mak, orang nak pakai tudung bidang 50 je lepas ni." (Sebagai permulaan.) and again... mak risaukan aku. "Betul ni kak? Nanti kau jangan pulak nak ubah balik."
Ye. Berubah tu memang senang. Istiqamah tu yang payah. Sebab tu, jangan pandang buruk mereka-mereka yang free hair, yang bertudung biasa. Walaupun alasan cliche-nya "belum sampai seru" and kita kata "seru dah lama sampai dalam Quran." tapi, hakikatnya dalam hati-hati tu, banyak yang dirisaukan.
Antaranya Istiqamah. Dalam persekitaran yang ada 'budaya' yang sangat berbeza, dalam situasi nobody's there to guide her, atau malu nak ask for help... Allah je tahu apa yang dia rasa. Yeah. Been there. Sebab tu aku berubah saaaaaangaaat slowly. Kumpulkan kekuatan dulu sebelum ready untuk ubah dan istiqamah.
Antaranya Istiqamah. Dalam persekitaran yang ada 'budaya' yang sangat berbeza, dalam situasi nobody's there to guide her, atau malu nak ask for help... Allah je tahu apa yang dia rasa. Yeah. Been there. Sebab tu aku berubah saaaaaangaaat slowly. Kumpulkan kekuatan dulu sebelum ready untuk ubah dan istiqamah.
Moga Allah tetapkan hati kita dalam perubahan. Moga Allah bukakan hati kita untuk terus sedar. Moga Allah beri taufik n hidayah and takkan tarik balik dari kita. Doa untuk orang lain, and jangan lupa doakan diri sendiri n mak bapak kita. Allahu.
Never look down at someone's past or present. As it might be our future. Nauzubillahiminzalik.
Panjang post kali ni. Asif. :P A reminder for myself (most importantly), and mudah-mudahan for others.
Alllahua'lam. Assalamualaikum wbt.

Amin....alhamdulillah
ReplyDelete